Wednesday, September 10, 2014

AGM 2014 (Toyota Vios Tunner )



AGM Toyota Vios Tunner Session 2014



                  AGM adalah singkatan daripada Annual General Meeting dimana pertubuhan kelab Toyota Vios Tunner Malaysia telah mengadakan meeting tahunan pada bulan April yang lepas untuk kelab tersebut . Lokasi yang dipilih ialah di Hotel Ilham Tanjung Tuan Port Dickson .  Ini kerana lokasi yang sesuai untuk riadah , beristirehat bersama keluarga dan sebagainya .  Kelab ini mendapat sambutan daripada orang ramai dimana kelab ini mempunyai seramai hampir 2ribu ahli pemilik toyota vios di Malaysia ini .. Pertubuhan kelab ini juga telah diiktiraf dan didaftar mengikut dengan ROS akta persatuan kelab permotoran di Malaysia ini . Selain itu, pihak polis juga memberi kerjasama pada kelab ini sewaktu berkonvoi di atas jalan raya bagi melancarkan perjalanan kami .     



Stiker Event 


Antara ahli yang mengambil kesempatan untuk mencuci kereta masing-masing
sebelum meneruskan perjalanan ke PD . 

Sesi Pendaftaran dan Kehadiran ahli yang hadir ke Majlis AGM 






Suasana Meeting Kelab di dewan Hotel Ilham Port Dickson





Antara ahli dari Regions Northens Crew




Selain itu , kelab ini terdiri daripada 4 Regions iaitu Central , Southern , Easthern & Northern Crew . Sepanjang meeting ini berlangsung banyak manfaat yang dapat dikongsikan antara ahli yang berlainan negeri . Selain itu dapat menambah kenalan , bertukar-tukar pendapat , kongsi respi enjin dan sebagainya . Hal ini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama manusia . Kelab ini tidak mengskopkan bangsa mana-mana sekalipun untuk sertai malah mengalu-alukan kehadiran ahli baru untuk sertai kelab tersebut . Melayu , Cina dan india semuanya ada dibawah 1 naungan . 

Monday, August 11, 2014

KW Gathering Mega 2014 Putrajaya


Gathering All Myvi Club 2014 telah berlangsung di dataran Putrajaya sempena memeriahkan program anjuran Perbadanan Putrajaya untuk tahun 2014 ini . Secara tidak langsung , program ini telahpun mencatat Book Of Records 2014 dimana menghimpunkan kenderaan jenama Perodua Myvi baru dan lama . Walaubagaimanapun , program tersebut amat memberangsangkan pada penduduk setempat mahupun sekitar Kuala Lumpur kerana berjaya menjadi tumpuan ramai di kawasan tersebut .   

GMC Regions Raub
Program berlangsung selama 2 hari . banyak aktiviti yang menarik sepanjang program berlangsung , antara autoshow , booth kereta , jualan baju , karaoke , artis dan sebagainya .
Selain itu juga kami dapat bertukar pendapat tentang kereta masing-masing , mengisi masa lapang , berkonvoi dan sebagainya . Oleh yang demikian , program sebeginilah dapat menarik minat pada yang meminati Dunia Permotoran justeru dapat memartabatkan sukan permotoran di globalisasi dunia . 




Thursday, July 10, 2014

Ride To Kelantan 1Mei With Crew Of Ex5 Malaysia

Bersama Ahli Crew Of Ex5 Ride To Kelantan Sempena 1Mei 2014

Hanya untuk kongsi pengalaman sepanjang perjalanan konvoi kami ke Kelantan Darul Naim ..

 Seramai 235biji motosikal berjenama Honda EX5 baru & lama memenuhi jalan raya Kelantan . Walaubagaimanapun , keselamatan penunggang amat dititikberatkan supaya ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang tidak diingini .

  Antara ahli yang terlibat adalah sebahagian kecil daripada family besar Crew Of Ex5 Malaysia terdiri daripada Ahli Johor , Melaka , N.9 , KL , Pahang , Perak dan Kelantan ..    Tujuan kami mengadakan konvoi adalah untuk menyatupadukan ahli dari setiap negeri dimana yang mempunyai motosikal Ex5 sahaja . Selain itu , kami dapat bertukar pendapat berkenaan dengan motosikal malah kami juga ingin menjadi Penanda Ukur untuk Belia Negara yang bermatlamat tanpa melibatkan diri dengan aktiviti gejala sosial yang semakin menular di Negara kita ini .
  Akhir kata , Pandu Cermat Jiwa Selamat .. Kami Support Sukan Permotoran Negara , untuk terus maju .. Sekiranya berminat untuk menyertai kami amat dialu-alukan .. Boleh Add FB " Nazri Salim " ataupun hubungi 0179237984 ..
 
Slogan kelab kami

    " UNITE STEADY AND PEACE FOR ALL "  

jejalan ambil angin petang .. 

Sewaktu Check-out Chalet Otw Balik ..
Bergambar di Pantai Irama , Bachok Kelantan