Thursday, July 10, 2014

Ride To Kelantan 1Mei With Crew Of Ex5 Malaysia

Bersama Ahli Crew Of Ex5 Ride To Kelantan Sempena 1Mei 2014

Hanya untuk kongsi pengalaman sepanjang perjalanan konvoi kami ke Kelantan Darul Naim ..

 Seramai 235biji motosikal berjenama Honda EX5 baru & lama memenuhi jalan raya Kelantan . Walaubagaimanapun , keselamatan penunggang amat dititikberatkan supaya ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang tidak diingini .

  Antara ahli yang terlibat adalah sebahagian kecil daripada family besar Crew Of Ex5 Malaysia terdiri daripada Ahli Johor , Melaka , N.9 , KL , Pahang , Perak dan Kelantan ..    Tujuan kami mengadakan konvoi adalah untuk menyatupadukan ahli dari setiap negeri dimana yang mempunyai motosikal Ex5 sahaja . Selain itu , kami dapat bertukar pendapat berkenaan dengan motosikal malah kami juga ingin menjadi Penanda Ukur untuk Belia Negara yang bermatlamat tanpa melibatkan diri dengan aktiviti gejala sosial yang semakin menular di Negara kita ini .
  Akhir kata , Pandu Cermat Jiwa Selamat .. Kami Support Sukan Permotoran Negara , untuk terus maju .. Sekiranya berminat untuk menyertai kami amat dialu-alukan .. Boleh Add FB " Nazri Salim " ataupun hubungi 0179237984 ..
 
Slogan kelab kami

    " UNITE STEADY AND PEACE FOR ALL "  

jejalan ambil angin petang .. 

Sewaktu Check-out Chalet Otw Balik ..
Bergambar di Pantai Irama , Bachok Kelantan